gembira.jadi.tragedi.



Keceriaan bertukar menjadi tragedi apabila sekeping Hashbrown telah maut akibat satu kejadian yang tidak diingini. Mangsa pada ketika itu sedang dimasak oleh si tukang masak yang dipercayai kurang berpengalaman yang bernama S, dan ketika ingin diterbalikkan supaya kedua-dua belah bahagian mangsa masak, si tukang masak itu telah menyedok Hashbrown dengan ganas lalu mangsa telah tercampak ke dinding dapur. Mangsa maut di tempat kejadian disebabkan badan mangsa telah berkecai sedikit. Serpihan badannya belum lagi dijumpai tetapi hanya bahagian tengah sahaja yang berjaya ditemui. Ekoran insiden itu, sebatang sudip juga turut mengalami kecederaan iaitu kehilangan pemegang sudip yang telah tercabut. Siasatan masih diteruskan untuk membawa pesalah ke muka pengadilan. Sekian, berita tidak terkini.
3 Comments:
ahaha!!! kena practice lg ni... :D
HAHAHAHAHA~
-__-"
mak i kate, pompuan chantek, pandai masak..~
ttbe!
hahahahaha tolong lah saya..
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home